Sejarah Saudagar Seafood – Part 1

Saudagar Seafood adalah sebuat start-up perniagaan hasil laut atas talian yang ditubuhkan oleh pengasasnya, Azzarizal Mohd Zainol dan pengasas bersama Faruk Hassan pada tahun 2016.

Sejarah penubuhan Saudagar Seafood adalah bertitik tolak daripada kesinambungan kisah mereka berdua yang menyertai sebuah start-up perniagaan hasil laut bernama Jetty Mart Sdn Bhd sebagai ejen perintis menjual hasil laut segar secara atas talian bersama-sama lebih daripada 40 orang ejen perintis lagi disekitar lembah klang, di mana Azzarizal merupakan ejen terbaik dikalangan mereka semua.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai diungkapkan apabila perniagaan Jetty Mart hanya mampu bertahan selama 3 bulan gara-gara beberapa masalah dalaman yang dihadapi oleh pihak pengurusan Jetty Mart.

Setelah Jetty Mart terpaksa ditutup akibat beberapa masalah dalaman yang dihadapinya, Azzarizal telah menubuhkan Saudagar Seafood dan kemudiannya disertai oleh Faruk Hassan sebagai pengasas bersama. Mereka menjadikan Jetty Mart sebagai case study mereka di dalam melakukan penambahbaikan disetiap peringkat dah proses untuk menjadikan perniagaan dengan lebih sistematik, mudah dan berkesan.

Walaupun tidak lagi bersama dengan Jetty Mart yang telah ditutup, mereka tidak menghentikan perniagaan hasil laut yang dijalankan sebaliknya berbekalkan segala ilmu yang telah dikutip sepanjang 3 bulan bersama Jetty Mart, mereka berdiri sendiri dengan mencari sumber bekalan hasil laut dan meneruskan perjalanan perniagaan dengan pelanggan sedia ada. Disamping itu, mereka juga berusaha mencari dan menambah ilmu berkenaan perniagaan hasil laut dan berguru dengan mereka-mereka yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang ini.

Di dalam proses pengembangan operasinya, Saudagar Seafood telah disertai oleh 8 lagi bekas ejen perintis Jetty Mart yang melihat akan potensi perniagaan ini dan mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada Saudagar Seafood untuk menggantikan Jetty Mart sebagai tempat mereka boleh mencari rezeki dan menambah pendapatan mereka.

Salah satu pengaran berguna yang diambil daripada kegagalan Jetty Mart adalah berkenaan dengan masalah tenaga kerja dan juga pengurusan sumber manusia. Ini adalah salah satu sebab utama yang menyumbang kepada kegagalan Jetty Mart untuk kekal beroperasi. Perniagaan menjual hasil laut ini nampak mudah tetapi sebenarnya menuntut komitmen masa dan tenaga yang tinggi daripada setiap ahlinya. Inilah yang tidak dapat diberi oleh ahli-ahli Jetty Mart bila mana tuntutan kerja operasi yang tidak menentu masa tidak dapat di tangani oleh mereka.

Bagaimana Saudagar Seafood mengambil iktibar akan perkara ini? Jawapannya akan disambung pada nukilan akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *