Langkah - Langkah Sebelum Pembelian *PENTING*

Pendaftaran Akaun

Secara Manual

1. Klik ikon  

2. Isi alamat email dan kata laluan anda. Kata laluan hendaklah sekurang kurangnya 12 karekter panjang dan mempunyai gabungan campuran huruf besar, huruf kecil dan simbol (contoh: @,#,!,$). Pastikan kata laluan anda sekurangnya di tahap MEDIUM untuk mendaftar.

3. Klik butang   

 

Menggunakan Facebook

1. Klik ikon  

2. Klik butang 

 

Menggunakan Google

1. Klik ikon  

2. Klik butang 

Kemaskini Maklumat/Alamat

1. Klik butang 

2. Klik “EDIT” di bahagian “BILLING ADDRESS”

3. Isikan maklumat-maklumat seperti diminta

4. Klik butang  setelah selesai mengisi maklumat

5. Ulang semula langkah 2 hingga 4 untuk bahagian “SHIPPING ADDRESS”

Tambah Nilai Kredit

1. Klik butang TAMBAH NILAI KREDIT

2. Pilih jumlah amaun tambah nilai yang hendak dilakukan. (Jumlah minima adalah RM50)

3. Klik butang  

4. Anda akan dibawa ke halaman secured payment gateway senangPay untuk membuat bayaran.

5. Anda boleh memilih untuk membuat bayaran menggunakan Perbankan Online (FPX) seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Online, dsb atau Kad Kredit/Debit

Perbankan Online (FPX)

6. Sila pilih pilihan Perbankan Online anda dengan klik pada logo bank pilihan.

7. Klik butang  

8. Anda akan dibawa ke halaman Perbankan Online bank pilihan anda.

9. Masukkan username dan kata laluan Perbankan Online anda dan buat bayaran. 

10. Kod TAC akan diperlukan, jadi pastikan telefon bimbit anda ada bersama untuk menerima kod TAC.

11. Sila pastikan status bayaran anda adalah BERJAYA sebelum anda log keluar.

Kad Kredit/Debit

6. Sila isikan nama seperti yang tertera pada kad anda. Bagi pengguna kad debit, sila isikan nama awalan anda.

7. Sila isikan nombor kad kredit / debit anda.

8. Sila isikan tarikh luput kad kredit / debit anda.

9. Sila isikan nombor kod keselamatan (CV) yang terdapat dibelakang kad kredit / debit anda. 

10. Klik butang 

11. Kod OTP akan diperlukan, jadi pastikan telefon bimbit anda ada bersama untuk menerima kod OTP.

12. Sila pastikan status bayaran anda adalah BERJAYA sebelum anda menutup browser.

Langkah - Langkah Pembelian

Pilih

*PENTING*
Sila pastikan yang anda telah log masuk ke dalam akaun anda dan baki kredit anda mencukupi untuk jumlah pembelian sebelum ke langkah seterusnya. Sekiranya baki kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai dahulu.


1. Pilih produk yang anda ingin beli. Produk boleh dipilih menggunakan beberapa cara seperti:
a) Menggunakan function SEARCH
Anda hanya perlu taip nama produk dan tekan enter. Senarai produk yang dicari akan keluar.
b) Klik pada menu PASAR.
– Seterusnya kategori produk akan terpapar. Klik kategori produk yang diinginkan.
– Seterusnya jenis-jenis produk akan terpapar. Klik jenis produk yang diinginkan.
– Seterusnya senarai produk akan terpapar. Gerakkan cursor ke gambar produk yang ingin dibeli dan paparan QUICK VIEW, ADD TO CART & WISHLIST akan terpapar.
– Klik QUICK VIEW jika ingin melihat maklumat produk dan mengubah jumlah kuantiti produk.
– Klik ikon ADD TO CART untuk masukkan produk ke dalam cart secara pantas. Ambil maklum bahawa cara ini tidak boleh menambah bilangan kuantiti produk yang hendak dibeli.
– Klik ikon WISHLIST untuk tag produk untuk pembelian dikemudian hari.

2. Ulang langkah 1 untuk produk-produk yang lain sehingga cukup jumlah produk yang hendak dibeli.

3. Setelah selesai memilih produk-produk yang hendak dibeli, gerakkan cursor ke ikon CART di atas sebelah kanan.

4. Paparan butir pembelian akan muncul.

5. Klik butang CHECKOUT untuk membuat bayaran

Bayar

1. Anda sekarang berada di halaman CHECKOUT DETAILS. Sila pastikan yang anda telah log masuk ke dalam akaun anda dan baki kredit anda mencukupi untuk jumlah pembelian sebelum ke langkah seterusnya. Sekiranya baki kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai dahulu. 

2. Sila pastikan yang maklumat bil anda adalah lengkap. Sekiranya anda ingin belian anda ini dihantar ke alamat yang berlainan, sila tanda pada SHIP TO A DIFFERENT ADDRESS? dan lengkapkan maklumat yang diminta.

3. Sila isikan sebarang mesej di dalam kotak ORDER NOTES sekiranya ada.

4. Pilih tarikh penghantaran dan slot masa.

5. Klik butang PLACE ORDER dan anda akan dibawa ke halaman secured payment gateway senangPay untuk membuat bayaran. Anda boleh memilih untuk membuat bayaran menggunakan Perbankan Online (FPX) seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Online, dsb atau Kad Kredit/Debit

Perbankan Online (FPX)

6. Sila pilih pilihan Perbankan Online anda dengan klik pada logo bank pilihan.

7. Klik butang  

8. Anda akan dibawa ke halaman Perbankan Online bank pilihan anda.

9. Masukkan username dan kata laluan Perbankan Online anda dan buat bayaran. 

10. Kod TAC akan diperlukan, jadi pastikan telefon bimbit anda ada bersama untuk menerima kod TAC.

11. Sila pastikan status bayaran anda adalah BERJAYA sebelum anda log keluar.

Kad Kredit/Debit

6. Sila isikan nama seperti yang tertera pada kad anda. Bagi pengguna kad debit, sila isikan nama awalan anda.

7. Sila isikan nombor kad kredit / debit anda.

8. Sila isikan tarikh luput kad kredit / debit anda.

9. Sila isikan nombor kod keselamatan (CV) yang terdapat dibelakang kad kredit / debit anda. 

10. Klik butang 

11. Kod OTP akan diperlukan, jadi pastikan telefon bimbit anda ada bersama untuk menerima kod OTP.

12. Sila pastikan status bayaran anda adalah BERJAYA sebelum anda menutup browser.

Terima

Setelah proses pembelian anda selesai, pihak kami akan memproses pesanan anda dan menghantarnya mengikut tarikh dan slot masa yang telah dipilih oleh anda.

Affiliate Area

Cara Mendaftar Affiliate

Anda akan didaftarkan affiliate secara automatik apabila anda mendaftar akaun dengan kami. 

Cara Mendapatkan Link Affiliate Anda

1. Log masuk ke dalam akaun anda.
2. Anda akan di bawa ke halaman MY ACCOUNT. 
3. Klik pada butang AFFILIATE AREA.

4. Anda akan di bawa ke halaman AFFILIATE.
5. Klik pada menu AFFILIATE URLs.
6. Lihat pada:- Your referral URL is: http://www.saudagarseafood.com/ref/XX/

* XX adalah no ID affiliate anda

Cara Menjana Link Affiliate Customise Anda

Ini adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan sekiranya anda ingin customise mana-mana link yang terdapat di dalam laman web untuk tujuan promosi. 

Sebagai contoh, anda mahu promosikan Promosi RM17, adalah lebih baik anda memberi link terus ke halaman promosi tersebut kepada pelanggan supaya pelanggan dapat terus ke halaman promosi tersebut tanpa perlu tercari-cari.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan seperti berikut:-

1. Log masuk ke dalam akaun anda.
2. Anda akan di bawa ke halaman MY ACCOUNT. 
3. Klik pada butang AFFILIATE AREA.

4. Anda akan di bawa ke halaman AFFILIATE.
5. Klik pada menu AFFILIATE URLs.
6. Lihat pada:- Referral URL Generator
7. Copy & paste link URL dari mana -mana halaman laman web yang hendak di jana.

Sebagai contoh:
http://www.saudagarseafood.com/shop/seafood-segar/promosi-rm17/

8. Masukkan tajuk kempen (pilihan)
9. Tekan GENERATE URL

 

10. Link URL yang mempunyai no ID affiliate anda siap dijana.
11. Copy & paste link tersebut di dalam promosi anda.

Tips: Anda boleh pendekkan link yang panjang itu menggunakan app seperti rebrandly, bit.ly, dll.

Cara Melihat Statistik Affiliate Anda

1. Log masuk ke dalam akaun anda.
2. Anda akan di bawa ke halaman MY ACCOUNT. 
3. Klik pada butang AFFILIATE AREA.

4. Anda akan di bawa ke halaman AFFILIATE.
5. Klik pada menu STATISTICS
6. Anda boleh melihat statistik-statistik seperti berikut:-
– Maklumat referrals
– Maklumat pendapatan
– Maklumat kempen pemasaran

Mengenai Saudagar Seafood

Apakah Saudagar Seafood?

Saudagar Seafood adalah sebuah platfom atas talian bagi membeli hasil laut segar dan sejuk beku dengan cepat, mudah & selesa.

Siapakah Saudagar Seafood?

Saudagar Seafood adalah sebuat start-up perniagaan hasil laut atas talian yang ditubuhkan oleh pengasasnya, Azzarizal Mohd Zainol dan pengasas bersama Faruk Hassan pada tahun 2016.

Di manakah Saudagar Seafood Beroperasi?

Saudagar Seafood beroperasi secara atas talian di www.saudagarseafood.com dan buat masa ini juga turut beroperasi secara fizikal di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Mengenai Perkhidmatan

Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Saudagar Seafood?

Saudagar Seafood menawarkan perkhidmatan membeli hasil laut segar dan sejuk beku secara atas talian dengan 3 langkah mudah – PILIH, BAYAR & TERIMA.

Apakah Perkhidmatan Tambahan Yang Ditawarkan Oleh Saudagar Seafood?

Selain daripada kemudahan pembelian dan bayaran secara atas talian yang memudahkan dan menjimatkan anda, kami juga memudahkan anda dengan melakukan kerja-kerja pemprosesan seafood yang dibeli oleh anda seperti siang dan cuci. Tidak cukup dengan itu, kami juga akan pek seafood yang anda beli secara berasingan supaya mudah bagi anda untuk memasak.

Ada lagi, kami juga akan hantarkan pembelian terus ke tangan anda tanpa anda perlu bersusah payah lagi untuk pergi ke pasar.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Caj Servis?

Caj servis adalah caj tambahan yang dikenakan di atas setiap pembelian. Caj servis merangkumi:-
1. Pemprosesan
2. Kawalan Kualiti
3. Pembungkusan
4. Penghantaran

Berapakah Caj Servis Yang Dikenakan?

Caj servis yang dikenakan adalah RM15 bagi setiap pesanan.

Dimanakah Kawasan Penawaran Perkhidmatan?

Buat masa ini, Saudagar Seafood menawarkan perkhidmatan ke seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. In Sha Allah, dengan sokongan anda semua, Saudagar Seafood akan dapat meluaskan perkhidmatan secara berperingkat ke seluruh bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2018 dan ke seluruh Malaysia menjelang tahun 2020.

Mengenai Pembelian

Adakah Saya Perlu Mendaftar Dan Kenapa?

Anda tidak perlu mendaftar jika anda hanya ingin melihat-lihat laman web kami, tetapi anda perlu mendaftar jika anda ingin membeli-belah dengan kami. Pendaftaran dengan kami amat penting untuk memastikan kami boleh menghantar produk ke kawasan anda. 

Bagaimana Nak Buat Pembelian?

Langkah pertama yang anda perlu buat sekiranya anda ingin membuat pembelian adalah mendaftar dengan kami. Seterusnya, langkah kedua yang anda perlu lakukan adalah mengemaskini maklumat peribadi dan alamat anda. Langkah ketiga yang perlu anda lakukan adalah menambah nilai kredit anda bagi tujuan pembayaran. Sila rujuk bahagian BANTUANCARA PENGGUNAAN > LANGKAH-LANGKAH SEBELUM PEMBELIAN untuk maklumat lengkap dan cara bagaimana.

Berapakah Jumlah Minima Pembelian?

Kami tidak mengenakan sebarang syarat pembelian minima. Walaubagaimanapun, bagi produk jualan mengikut berat, berat minima adalah 500g manakala bagi produk jualan mengikut per ekor, minima pembelian adalah 1 ekor.

Bagaimana Nak Buat Pembayaran?

Pembayaran bagi setiap pembelian adalah menggunakan PERBANKAN ATAS TALIAN, KAD KREDIT/DEBIT melalui payment gateway senangPay, KREDIT dan juga melalui penebusan MATA GANJARAN.

Selamatkah Pembayaran Atas Talian Yang Digunakan?

Kami menggunakan payment gateway senangPay yang berdaftar dengan GeoTrust Safe & Secure. Semua pembayaran atas talian menggunakan halaman bersekuriti https://

Bolehkah Saya Membatalkan Pembelian Yang Sudah Disahkan?

Pembelian yang telah disahkan tidak boleh dibatalkan. Walaubagaimanapun anda dibenarkan untuk menukar tarikh penghantaran ke satu tarikh yang baharu.

Bilakah Pesanan Terakhir Boleh Dilakukan?

Pesanan terakhir untuk penghantaran esok hari adalah pada jam 6 petang.

Pesanan yang dilakukan selepas jam 6 petang akan diproses pada hari berikutnya.

Bilakah Pembelian Saya Akan Dihantar?

Setiap pesanan yang dilakukan sebelum jam 6 petang akan dihantar pada esok hari (next day delivery)

Terdapat slot tarikh dan masa penghantaran yang disediakan. Slot masa penghantaran ini terbahagi kepada tiga sesi iaitu sesi pagi, sesi petang dan sesi malam. Sesi pagi tersedia dari jam 8 pagi hingga 11 pagi, sesi petang dari jam 2 petang hingga 5 petang dan sesi malam pula dari jam 8 malam hingga 10 malam, 7 hari seminggu. Setiap slot masa penghantaran mempunyai kapasiti maksimum, jadi buat pesanan anda dengan awal untuk menjamin slot masa penghantaran yang anda ingini. Anda boleh memesan pembelian anda sehingga 7 hari lebih awal.

Saya Terlupa Tarikh & Masa Penghantaran. Di mana Saya boleh Semak Semula?

Anda boleh menyemak semula dengan log masuk ke akaun anda. Pergi ke halaman MY ACCOUNT > ORDER dan klik butang VIEW untuk menyemak maklumat pembelian anda.

Saya Terlupa Dan Tiada Di rumah Semasa Penghantaran Dibuat. Macam Mana Ya?

Adalah menjadi tanggujawab anda untuk memastikan terdapat seseorang di rumah untuk menerima penghantaran. 

Staff penghantaran kami akan menghubungi anda melalui nombor yang diberikan sekiranya tiada sesiapa di rumah untuk berunding bagaimana penghantaran boleh dilakukan.

Sekiranya panggilan yang dilakukan oelh staff penghantaran kami tidak dijawab stelah 3 kali panggilan, pesanan anda akan ditinggalkan ditempat yang difikirkan sesuai disekitar kawasan rumah anda oleh staff penghantaran kami.

Sila ambil maklum bahawa setelah pesanan anda ditinggalkan, ianya tidak lagi tertakluk kepada tanggungjawab kami. 

Bagaimana Pula Jika Penghantaran Lewat Dari Masa Yang Ditetapkan?

Sila ambil maklum jika anda memilih slot penghantaran sesi pagi 8-10 pagi misalnya, penghantaran akan dilakukan di dalam tempoh masa 3 jam berikut. Sekiranya staff penghantaran kami melakukan penghantaran melebihi tempoh masa yang ditetapkan, staff penghantaran kami akan memaklumkan kepada anda tentang kelewatan tersebut.

Sebagai tanda permohonan maaf, anda akan diberikan KREDIT percuma bernilai RM5 untuk pembelian di masa akan datang.

Bagaimana Jika Saya Tidak Berpuas Hati Dengan Kualiti Produk Yang Dibeli?

Pihak kami menawarkan servis jaminan kualiti produk yang dijual dengan memberi “Jaminan Pulangan Wang 24jam”. Sila semak pesanan anda sebelum menurunkan tandatangan pengesahan penerimaan penghantaran. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kualiti barangan yang dibeli, anda boleh memulangkan kembali barangan tersebut kepada staff penghantaran kami dan kami akan menggantikan dengan yang lain ataupun memulangkan kembali wang anda ke dalam akaun KREDIT anda.

Sekiranya anda hanya menyedari selepas staff penghantaran kami telah beredar, anda dikehendaki melakukan aduan di dalam tempoh 24 jam untuk kami menggantikan dengan yang lain ataupun memulangkan kembali wang anda ke dalam akaun KREDIT anda.

Bagaimana Jika Item Yang Saya Beli Tiada?

Walaupun kami menawarkan sesuatu item di dalam katalog, terdapat kemungkinan item yang ditawarkan tiada semasa hari penghantaran.

Ini terjadi kerana item tersebut tiada dijual pada hari tersebut. Perkara ini adalah diluar kawalan kami kerana item tersebut bergantung kepada hasil laut yang ditangkap oleh nelayan dan di bawa ke pusat pengumpulan.

Sekiranya terjadi perkara tersebut, wang anda akan dipulangkan ke dalam akaun KREDIT anda.

Kenapa Tidak Hubungi Kami Beritahu Awal Item Tiada?

Maaf. Bukan pihak kami tidak mahu hubungi anda dan maklumkan awal.

Hal ini terjadi kerana operasi mencari seafood adalah dilakukan pada awal pagi bermula seawal jam 1 pagi, jadi kami tidak mahu menggangu anda pada waktu tersebut.

Untuk makluman juga, pihak kami tidak menyimpan bekalan seafood yang dijual (kecuali item sejuk beku) tetapi membelinya setiap hari.

Mengenai Fungsi Website

Apakah Fungsi My Account?

My Account adalah bahagian di laman web kami di mana anda boleh menyemak semua butir-butir yang telah anda berikan kepada kami tentang akaun pembelian dalam talian anda. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi, alamat, semak baki kredit, tambah nilai, semak baki mata ganjaran dan menukar kata laluan.

Apakah Fungsi Cart?

Fungsi Cart adalah dimana produk-produk yang anda pilih akan dimasukkan. Senang cerita, ianya seperti trolley yang anda guna jika membeli belah di pasaraya.

Apakah Fungsi Wishlist?

Fungsi Wishlist adalah bila mana anda berminat dengan sesuatu produk tetapi ingin membelinya dikemudian hari, anda tag produk tersebut sebagai Wishlist anda. Senarai Wishlist anda boleh didapati di My Account.

Apakah Fungsi Kredit

KREDIT berfungsi sebagai wang digital yang akan digunakan untuk membuat pembayaran pesanan anda.

KREDIT perlu di tambah nilai sebelum sebarang pembelian dilakukan.

Tambah nilai minima adalah sebanyak RM50.

Apakah Fungsi Kupon?

Sekiranya anda mendapat tawaran kupon daripada kami, anda boleh menggunakannya untuk mendapat penjimatan harga.

Untuk menebus kupon, semasa dihalaman CHECKOUT, klik pada pautan = Have a coupon? Click here to enter your code dan masukkan kod kupon yang diberi.

Pastikan anda masukkan kod kupon sebum anda klik butang PLACE ORDER.

Mengenai Affiliate

Apakah Affiliate?

Secara mudahnya, affiliate adalah agen pemasaran yang membantu untuk memperomosikan produk bagi pihak lain dan dibayar komisyen bagi setiap jualan yang berjaya dilaksanakan.

Apakah Kerja Yang Dilakukan Affiliate?

Tugas seorang affiliate adalah memperomosi dan memasarkan produk melalui link affiliate khas yang diberikan oleh pihak syarikat sama ada melalui promosi atas talian ataupun diluar talian.

Promosi boleh dilakukan secara atas talian melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, blog, dan sebagainya. Selain daripada itu, salah satu cara yang agak berkesan juga adalah dengan menggunakan email marketing.

Promosi secara luar talian boleh dilakukan dengan cara mengedar risalah, banner, bunting dan sebagainya.

Wah Menarik! Macam Mana Untuk Saya Jadi Affiliate?

Apabila anda mendaftar, tambah nilai kredit dan membuat pembelian, secara automatik anda akan didaftarkan sebagai affiliate dan sudah boleh mula menjana pendapatan dengan mempromosikan produk – produk yang terdapat di dalam laman web ini menggunakan link khas affiliate anda.

Berapa Bayaran Yang Perlu Dibayar Untuk Menjadi Affiliate?

Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk menjadi affiliate kami.

Walau bagaimanapun, anda diwajibkan untuk membuat sekurang-kurangnya satu transaksi pembelian di website ini.

Komisyen anda tidak akan dibayar sehingga anda membuat pembelian pertama.

Berapakah Jumlah Komisyen Yang Diberi?

Kadar komisyen yang diberi adalah bermula dari RM0.25 hingga RM5 bergantung kepada jenis produk.

Anda akan mendapat komisyen berulang selama 6 bulan dari setiap transaksi jualan yang bejaya dilakukan oleh pembeli yang menggunakan link affiliate anda.

Kerja hanya sekali, tetapi dapat pendapatan berulang-ulang selama 6 bulan!

Dalam Bentuk Apakah Komisyen Akan Dibayar?

Komisyen akan dibayar dalam bentuk KREDIT yang boleh digunakan untuk berbelanja dilaman web ini.

Bilakah Komisyen Akan Dibayar?

Komisyen akan dibayar terus ke akaun KREDIT anda setiap 15 dan 30 haribulan setiap bulan.