Saudagar Seafood adalah sebuat start-up perniagaan hasil laut atas talian yang ditubuhkan oleh pengasasnya, Azzarizal Mohd Zainol dan pengasas bersama Faruk Hassan pada tahun 2016.

Sejarah penubuhan Saudagar Seafood adalah bertitik tolak daripada kesinambungan kisah mereka berdua yang menyertai sebuah start-up perniagaan hasil laut bernama Jetty Mart Sdn Bhd sebagai ejen perintis menjual hasil laut segar secara atas talian bersama-sama lebih daripada 40 orang ejen perintis lagi disekitar lembah klang, di mana Azzarizal merupakan ejen terbaik dikalangan mereka semua.

Setelah Jetty Mart terpaksa ditutup akibat beberapa masalah dalaman yang dihadapinya, Azzarizal telah menubuhkan Saudagar Seafood dan kemudiannya disertai oleh Faruk Hassan sebagai pengasas bersama. Mereka menjadikan Jetty Mart sebagai case study mereka di dalam melakukan penambahbaikan disetiap peringkat dah proses untuk menjadikan perniagaan dengan lebih sistematik, mudah dan berkesan.

Di dalam proses pengembangan operasinya, Saudagar Seafood telah disertai oleh 8 lagi bekas ejen perintis Jetty Mart yang melihat akan potensi perniagaan ini dan mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada Saudagar Seafood untuk menggantikan Jetty Mart sebagai tempat mereka boleh mencari rezeki dan menambah pendapatan mereka.

Misi 

Misi utama Saudagar Seafood adalah untuk menawarkan harga jualan yang seragam berpandukan harga Pasar Borong kepada pengguna akhir. Saudagar Seafood juga turut ingin berkongsi rezeki melalui konsep “Sharing Economy” yang diaplikasikan ke dalam model perniagaannya.

Visi

Visi Saudagar Seafood pula adalah untuk menjadi perintis kepada mewujudkan Pasar Borong Online pertama di Malaysia dan keperingkat seterusnya dimana pengguna akan dapat menikmati hasil laut pada harga yang lebih murah dan berpatutan.

management team

AZZARIZAL MOHD ZAINOL
FOUNDER & COO

Faruk Hassan Redzzuan
Co-Founder & CEO

Mohd Zulhilmi
finance

Zapril Zazly
Admin & HR

Mohd Nabil
Logistic